Stacy Juara AF6

Syabas diucapkan buat Stracie Angie Anam (Stacy), 18, yang muncul juara Akademi Fantasia Keenam (AF6). Stacy yang menang sebagai juara pada malam 24 Mei 2008 lalu membawakan lagu Atas Nama Cinta (Rossa) dan Aku Stacy.
Persembahan Stacy untuk lagu Atas Nama CintaStacy pernah menyertai Gang Strarz dan One In A Million musim pertama, jadi tidak hairanlah Stacy berupaya memberikan persembahan yang menarik saban minggu kerana dia telah ada pengalaman dan ditambah dengan bakat dan keazaman yang ada dalam dirinya.

Anak Anam Bayar dan Agnes Kallos ini bercita-cita untuk membawa keluarganya tinggal bersama di Kuala Lumpur.
Lincah menyanyikan lagu Aku StacyJuara AF6 ini membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah lebih RM700, 000 termasuklah sebuah rumah banglo empat bilik di A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka, yang bernilai RM550,000, sebuah kereta Peugeot 307 XS yang berharga RM139,535, wang tunai sebanyak RM25,000 serta pakej percutian ke Itali.
Dengan kemenangannya, Stacy kini bernaung di bawah pengurusan Maestro Records Sdn. Bhd. Dia akan menyertai Mila, juara AF5, sebagai juara wanita yang bernaung di bawah syarikat tersebut. Adakah Stacy akan terus bersinar kemilaunya selepas ini?
Konsert Final AF6 - Aku Stacy
No comments:
Post a Comment